WELCOME TO OUR BLOG

OUR MAIN AIM .....

" TO DEVELOP A SENSE OF APPRECIATION AND LOVE FOR
MATHEMATICS FOR ALL STUDENTS "


" Berjuta Orang Melihat Buah Epal Jatuh... tapi..."NEWTON" melihat....MENGAPA ia JATUH??... berfikirlah... "

ATTITUDE CHART

ATTITUDE CHART

Challengerclub 2009

February 7, 2009

Lawatan Ke Bangunan Promosi Kesihatan 4/2/09






BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis - Sembilan orang ahli Komiti Kesihatan Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Kampung Salambigar bersama-sama 14 orang penuntut sekolah berkenaan hari ini mengadakan lawatan ke Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan.
Rombongan berkenaan menerima taklimat ringkas dari pegawai bertugas sebelum rombongan melawat ke galeri-galeri pameran.
Kemudian rombongan menyaksikan pelbagai informasi kesihatan yang berhubung kait dengan kehidupan sehari-hari seperti masalah pemakanan tidak seimbang dan berat badan berlebihan, penggunaan tembakau dan risiko menggunakannya, masalah jantung dan sebagainya.
Para penuntut sekolah berkenaan amat tertarik hati dengan model pelbagai jenis makanan tidak sihat dan kesan pengambilan berlebihan makanan tersebut.
Penuntut juga berpeluang menggalas bebanan 10 kilogram model lemak yang terhasil daripada pengumpulan makanan tidak sihat di dalam tubuh badan.
Di akhir lawatan, ketua rombongan Rosnani Haji Mohd Bakir selaku Setiausaha Promosi Kesihatan Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali menyampaikan cenderahati kepada pegawai yang bertugas.
Objektif utama lawatan tersebut diadakan adalah untuk mendedahkan para ahli Komiti Promosi Kesihatan sekolah berkenaan tentang kepentingan menjaga kesihatan, amalan pemakanan sihat dan kesannya

No comments:

Post a Comment